Tuesday 6 August 2013

PERJALANAN HIDUP

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.          


Syukur, Alhamdulillah, dapat kita berkongsi dan berbincang berkenaan perjalanan hidup kita di dunia ini. Blog ini diwujudkan adalah sebagai sesi percambahan minda untuk kita berkongsi Ilmu.

Perjalanan ini adalah suatu kehidupan yang mengembirakan  atau sebaliknya. Di dalam kehidupan banyak liku yang perlu yang perlu ditempuhi. Setiap liku hendaklah bersedia dengan ilmu yang memberi manafaat. Ini kerana liku ini akan menjadi satu pengalaman yang indah atau pahit dalam perjalanan kita.

          Apa yang penting perancangan kita menghadapinya. Apabila seseorang dapat menguruskan perjalanan kehidupan dengan teratur, ianya pasti akan menjadikan kita sebagai seorang insan yang berjaya di dunia dan diakhirat. Semangat juang dan daya tahan serta disipilin diri amatlah diperlukan dalam membentuk suatu perjalanan hidup yang mempunyai jati diri ke arah matlamat yang dikehendaki.